Monday, September 17, 2012

Kenapa 16 september?

 Comot memang manja dengan Hafiz
Kenapa 16 Septermber? itulah yang bermain difikiran. Setelah lebih 3 minggu demam Comot akhirnya pergi juga. Mungkin itulah yang lebih baik. tak sanggup tengok Comot menderita lagi. Tak mahu makan dan minum. 2 minggu Comot tak tidur. Bila dipegang badannya dia akan marah. Luka ditangan abah pun masih ada lagi, tak pernah Comot gigit abah sekuat ini. lekat kuku Comot pada kulit tangan abah. Mungkin badannya sakit bila dipegang. maafkan abah comot. memang abah cadang nak bawa comot ke klinik lagi sekali tapi hari ni 16 september hari cuti. klinik tak buka. Rupanya Comot tunggu 16 september kerana hari ni cuti dan yang penting hari ni Kakak dan hafiz balik dari asrama. memang Kakak dan Hafiz amat ambil berat tentang comot. Comot tunggu 16 september sebab mahu kakak dan hafiz ada dirumah. masa comot masih kecil kakak dan hafiz la yang paling rajin buat susu dan mandikan dia. hafiz dan kakak juga yang beria-ia nak bela comot dulu. Dan hafiz juga yang perasan comot dah tiada lagi. Abang dan Hanafi bukan tak sayang pada comot tapi biasala lelaki yang dah dewasa, tak kisah je.
Menyusu pun diatas riba Hafiz

No comments:

Post a Comment