Comot


Catatan Buat Comot.
Comot…… tak tahu macam mana abah nak mulakan blog ini. Semuanya serba tak kena. Kenapa comot pergi meninggalkan abah,emak,abang,kakak dan adik terlalu awal. Ketika tubuh Comot kaku  abah lihat emak menyusap tubuhmu dengan penuh kasih sayang. Abah tahan air mata daripada mengalir tapi abah lihat air mata emak menitis. Memang emak terlalu sedih. Selepas ini tak ada lagi yang akan menyambut emak balik dari sekolah,tak ada lagi yang akan mengikut emak ke dapur,tak ada lagi kesan-kesan gigitan pada tangan emak. Pasti emak akan kesunyian yang amat sangat,comot pun tahu abah akan ke Ipoh untuk bekerja setiap pagi isnin. Emak akan cium comot setiap pagi dan sebelum tidur tapi kini semuanya hilang …….
Walaupun comot hanyala seekor kucing yang menumpang kasih sayang kami sekeluarga tapi kami telah mengganggapnya sebagai sebahagian dari ahli keluarga. Kasih sayang kami tak pernah menggangap comot hanya seekor kucing. Comot anak kami dan kasih sayang kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment