Thursday, February 26, 2015

Friday, September 21, 2012

Kehilangan

Malam ini abah benar-benar terasa kehilangan Comot. Biasanya apabila abah sampai di pagar rumah pastinya Comot akan keluar menyambut abah balik. Tapi kini tiada lagi. dan  apabila abah buka pintu kereta mesti Comot akan masuk di dalam kereta. pastinya Comot akan duduk dikerusi hadapan. Susahnyanya nak suruh Comot keluar. Selalunya abah biarkan comot keluar sendiri. Dan kalau pun pintu rumah tidak dibuka Comot mesti tunggu abah di depan pintu. 

Ketika abah mula membuka laptop seperti ini comot pasti akan naik ke atas meja dan baring di sebelah laptop menunggu sehingga abah selesaikan kerja. Dan kadang-kadang tu Comot akan pijak-pijak keyboard ni, mungkin protes sebab abah tak layan Comot. Nanti la abah ada kerja ni. heeeeee.Comot-comot. Dan sebelum tidur abah tak lupa bercakap-cakap sekejap dengan comot dan abah tahu Comot menantikan ciuman abah. Heeeeee selamat malam Comot.

Monday, September 17, 2012

Kenapa 16 september?

 Comot memang manja dengan Hafiz
Kenapa 16 Septermber? itulah yang bermain difikiran. Setelah lebih 3 minggu demam Comot akhirnya pergi juga. Mungkin itulah yang lebih baik. tak sanggup tengok Comot menderita lagi. Tak mahu makan dan minum. 2 minggu Comot tak tidur. Bila dipegang badannya dia akan marah. Luka ditangan abah pun masih ada lagi, tak pernah Comot gigit abah sekuat ini. lekat kuku Comot pada kulit tangan abah. Mungkin badannya sakit bila dipegang. maafkan abah comot. memang abah cadang nak bawa comot ke klinik lagi sekali tapi hari ni 16 september hari cuti. klinik tak buka. Rupanya Comot tunggu 16 september kerana hari ni cuti dan yang penting hari ni Kakak dan hafiz balik dari asrama. memang Kakak dan Hafiz amat ambil berat tentang comot. Comot tunggu 16 september sebab mahu kakak dan hafiz ada dirumah. masa comot masih kecil kakak dan hafiz la yang paling rajin buat susu dan mandikan dia. hafiz dan kakak juga yang beria-ia nak bela comot dulu. Dan hafiz juga yang perasan comot dah tiada lagi. Abang dan Hanafi bukan tak sayang pada comot tapi biasala lelaki yang dah dewasa, tak kisah je.
Menyusu pun diatas riba Hafiz

Sunday, September 16, 2012

Tanda-Tanda Kucing Demam / Sakit

   Beginila keadaanya bila comot diserang demam.

Suhu demam bagi seekor kucing dewasa adalah 38.5 darjah celsius manakala suhu demam bagi seekor anak kucing adalah 39.5 darjah celsius. Sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda seperti hilang selera makan mendadak, kelihatan monyok, mata berair, badan menjadi panas dan bulu kelihatan kering, tidur yang berlebihan serta tubuh kelihatan lemah menandakan kucing anda berada di dalam keadaan tidak sihat dan mempunyai masalah kesihatan.

Seperkara lagi jika kucing sudah mula menunjukkan kemalasan mendandan tidak berupaya menjilat bulu mereka, tentu sekali kucing anda tidak sihat, demam atau sakit. Bersegeralah membawa kucing anda untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan di mana-mana veterinar bagi membolehkan kucing anda mendapatkan rawatan intensif segera.

Kenapa Emak Nak Bela Comot?


Abah masih tak tahu kenapa Mak nak bela Comot. Kucing kampung yang biasa saja.Bukannya kucing Siam. kalau sebelum ni Emak memang tak mahu bela kucing. Bila Hafiz dan Fiza cadang nak bela kucing mesti Emak tak setuju(walaupun abah juga sokong). abah tak sanggup cium bau kencing dan berak kucing.Conform abah tak akan cuci najis kucing tu. Tapi bila comot muncul semuanya berubah. Sebelum ni Mak sanggup beli hamster untuk gantikan permintaan Hafiz. mak tak pernah bising untuk cuci najis comot walaupun terpaksa cuci satu rumah semasa Comot masih tak pandai nak berak di luar rumah.Tempat paling kerap Comot berak dekat wayer speker tv.,sian tengok mak terpaksa ubah perabut kat sebelah tv.boleh kata tiap hari Comot berak kat situ kalau hafiz dan Fiza tak sempat bawa comot keluar bila dia nak berak. Tapi yang paling kelakar Mak tak marahkan comot walaupun dia masih kencing dalam rumah. Nak tahu kat mana? Heeeeeeee,abah pun tak sangka Comot kencing dalam singki,heeee. Nasib baik kat rumah  ada dua singki. satu yang abah paling tak boleh lupa semasa Comot sakit hari tu, Comot pandang muka abah seolah-olah dia mahu berkata sesuatu. Abah ingatkan dia nak naik ke atas dapur sebab itulah yang dia selalu buat bila emak memasak. comot memang tak larat nak naik sebab dia tak makan(cuma minum susu yang Mak suapkan). Bila abah angkat Comot kat atas dapur tu dia terus masuk ke dalam singki. Dia terus kencing dan berak dalam singki. OOOOO itu yang dia nak cakap pada abah tadi tu...... Comot-comot...

Comot


16 Septermber tarikh yang benar-benar meninggalkan kenangan pahit dalam hidup kami sekeluarga. Comot yang kami sayang telah pergi buat selama-lamanya.  Blog ini abah buat bagi tanda sayang kami sekeluarga pada Comot.